BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Feb 22, 2010

JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN














JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN (jalan-jalan cari ilmu)
Pada 12 Februri 2010, iaitu pada hari Jumaat, pelajar HMT 329 seramai 30 orang bersama Dr. Radiah telah melakukan ‘jalan-jalan cari ilmu’. Perjalanan bermula dari padang kawat Usm sehingga ke Pasar Lip SIN. Pelbagai ilmu pengetahuan yang kami perolehi sepanjang perjalanan tersebut, terutama sekali berkaitan dengan kos kami iaitu analisis kontastif.
Sepanjang perjalanan tersebut, kami belajar perkara baru seperti penggunaan bahasa dalam papan tanda, iklan dan nama tempat yang mempunyai kaitan dengan sejarah atau perundang atau hal yang berkaitan. Hasil tunjuk ajar dan penerangan daripada Dr. Radiah memudahkan kami memahami maksud tersirat setiap maksud daripada nama tempat, nama iklan atau sesuatu papan tanda itu.
Perkara yang menarik semasa perjalanan kami ialah semasa di pasar Lip Sin. Pasar ini kebanyakannya dikunjungi oleh org cina tetapi terdapat juga sebilangan orang melayu yang berkunjung ke pasar tersebut walaupun tidak ramai. Hal ini mungkin kerana orang melayu berkenaan hanya mahu membeli barang-barang kering daripada kedai runcit berkenaan.
Papan tanda yang terdapat dalam pasar tersebut menggunakan tiga bahasa dalam satu papan tanda iaitu bahasa Cina, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa-bahasa ini disusun atas ke bawah iaitu dimulai dengan bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris dan diletakkan di bahagian atas kedai untuk memudahkan orang ramai atau pelanggan datang untuk melihat kedai-kedai yang ingin dikunjungi.
Walaupun agak keletihan pada hari tersebut, tetapi kami semua mendapat kepuasan kerana memperolehi sesuatu yang baru iaitu penggunaan bahasa dalam iklan, papan tanda dan tempat serta berpeluang melihat keunikan pasar Lip Sin di Pulau Pinang ini.

0 comments: