BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sep 30, 2010

Kelebihan Umat Nabi Muhammad s.a.w.

Disebutkan bahawa Nabi Adam a.s. telah berkata, “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan umat Nabi Muhammad s.a.w. empat kemuliaan yang tidak diberikan kepada ku.”

Taubat ku hanya diterima dikota makkah,

Semantara taubat umat Nabi Muhammad s.a.w diterima disebarang tempat oleh Allah s.w.t.

Pada mulanya aku berpakaian,

Tetapi apabila aku berbuat darhaka kepada Allah s.w.t. Maka Allah s.w.t. telah menjadikan aku telanjang,

Umat Nabi Muhammad s.a.w. membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah s.w.t. memberikan mereka pakaian.

Ketika aku telah berderhaka kepada Allah s.w.t. Maka Allah s.w.t. telah memisahkan aku dengan isteriku,

Tetapi umat Nabi Muhammad s.a.w. berbuat derhaka, Allah s.w.t. tidak memisahkan isteri mereka.

Memang benar aku telah derhaka kepada Allah s.w.t. dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga,

Tetapi umat Nabi Muhammad s.a.w. derhaka kepada Allah s.w.t. akan dimasukkan kedalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah s.w.t

0 comments: