BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Feb 28, 2010

PASAR LIP SIN & PENANG



Rajah 1. Peta Pasar Lip Sin

Pasar Taman Lip Sin

Pasar Taman Lip Sin is located near Tingkat Nipah; near Lengkok Nipah; near Lor Nipah 1; near Lengkok Nipah 1; near Lor Nipah 2; Pasar Taman Lip Sin is geographically located at latitude (5.3426 degrees) 5° 20' 33" North of the Equator and longitude (100.2947 degrees) 100° 17' 40" East of the Prime Meridian on the Map of Penang.


The locations related to Pasar Taman Lip Sin are represented by the the shortest path as the crow would fly between any two points and may not be nearest by road. For example, Pasar Taman Lip Sin is located 0.7 kilometre from Maxim Dim Sum. Pasar Taman Lip Sin is located 0.7 kilometre from Sungai Nibung Bus Terminal. Pasar Taman Lip Sin is located 0.7 kilometre from Tapak Pesta. Pasar Taman Lip Sin is located 0.9 kilometre from Caltex Jln Sas.


Pasar Taman Lip Sin is located 0.9 kilometre from Shell Jln Sas.
Equatorial 1.3km, Seri Malaysia Pg 2.3km, Grand Continental 8.7km, Hotel Sunway 8.7km, Hotel United 8.7km, Ming Court Inn 8.8km, Hotel Golden City 8.8km, Shangri La Inn 8.9km, are places to stay (hotel, service apartment, inn) located near Pasar Taman Lip Sin.


Bukit Jambul Complex 1.1km, Sunshine Square 2km, Mayang Mall 2km, Tesco 4.6km, Gembira Parade 5km, Sun Shine Farlim 6.3km, Sunshine Jelutong 6.4km, Perangin Mall 8.9km, are places to shop (shopping mall, shop houses) located near Pasar Taman Lip Sin.
are places of interest (attraction) located near Pasar Taman Lip Sin.

Khaleel 24hour Nasi Kandar 1.6km, Pelita Nasi Kandar 2.7km, Hilly Towne 4.9km, Bkt Genting Thai Restaurant 9km, Campbell Street Food Junction 9.4km, Kaliamans 9.8km, Gurney Drive 10.9km, are eating places (food court, cafe, hawker food) located near Pasar Taman Lip Sin.


are places of learning (school, college, university) located near Pasar Taman Lip Sin.
Taman Metropolitan 2.9km, Bkt Dumbar Reservoir 5km, Penang Municipal/youth Park 9.5km, Botanics Gardens 10.6km, Forest Museum 14.5km, Taman Negara Pulau Pinang 16.3km, are parks, playgrounds, open fields or commons located near Pasar Taman Lip Sin.




Pasar Taman Lip Sin terletak di berhampiran dengan Tingkat Nipah, berhampiran Lengkok Nipah dan berdekatan dengan Lorong Nipah 1. Pasar ini juga berhampiran dengan Lengkok Nipah 1 juga berdekatan dengan Lorong Nipah 2. Pasar Taman Lip Sin secara geografi terletak pada latitud (5,3426 darjah) 5 ° 20 '33 "Utara Equator dan longitude (100.2947 degrees) 100 ° 17 '40" Timur Meridian pada peta Pulau Pinang.

Pasar Taman Lip Sin terletak 0.7 kilometer dari Sungai Nibung Bus Terminal dan dari Tapak Pesta. Pasar Taman Lip Sin terletak 0.9 kilometer dari Caltex Jln Sas. Pasar Taman Lip Sin ini juga terletak 0.9 kilometer dari Shell Jalan Sas.

Pelancong yang tinggal berdekatan dengan lokasi hotel-hotel seperti hotel Equatorial, Seri Malaysia, Grand Continental , Hotel Sunway, Hotel United , Ming Court Inn , Hotel Golden City , dan Shangri La Inn mudah untuk mengunjungi pasar ini.
Pasar Lip Sin ini juga boleh dikunjungi dengan menggunakan perkhidmatan awam seperti teksi, bas Milan dan bas Rapid bernombor 301 dan 302.


KEISTIMEWAAN PASAR LIP SIN.

















KUMPULAN YB.

1. MOHD FITHRI BIN JEMARI (7)
2. NORHAFIZAH BINTI YUSOF (14)
3. NUR AIN BINTI SAHARI (15)
4. NUR HIDAYAH BINTI GHAZALI (17)
5. NUR HIDAYAH BINTI KAHAR (18)
6. SYARIFAH NOR AIDA BINTI SAYED AHMAD (26)

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya.. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, 'Saya ada satu permainan.... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!', jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah 'Pemadam!'



Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 'Baik sekarang perhatikan.



Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.



Selang beberapa saat, permainan berhenti.



Guru tersenyum kepada anak muridnya. 'Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikuti nya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.


'Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.' 'Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan . Faham?' tanya Guru kepada anak muridnya.


'Baik untuk permainan kedua...' Gurunya meneruskannya. .....

'Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet.. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?'



Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.



Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..'Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .... Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ....Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.



'Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. . .....'



'Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakkan kita.

Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.' 'Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.... '


'Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?' tanya murid- murid.



'Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.'

'Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun'.



'Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang...'



UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!



JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.


YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM...AMIIINN. ....

Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, tolonglah forwardkan e-mel ini kepada sahabat2 Islam kita yang lain. Semoga yang baik dijadikan telada dan yang buruk dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR !

Feb 27, 2010

NERAKA..RENUNGAN BERSAMA

LUASNYA NERAKA

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah....

Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..
x smp 5 minit..pun!!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a..w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panas nya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaian nya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagian nya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a..w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

SEBARKAN KEPADA 10 ORANG KAWAN, ALLAH AKAN MEMECAHKAN SEMUA KESULITANMU,
INSYA ALLAH...WASSALAM!!!

Feb 23, 2010

SEJARAH TERCIPTA...14 FEBRUARI 2010







Apabila kita berbicara mengenai “valentine day” atau hari kekasih yang jatuh pada 14 Februari, perkara yang muncul dalam minda kita ialah, sambutan ini hanya untuk pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta. Pada hari tersebut, ramai pasangan yang menunjukkan perasaan cinta dengan memberi hadiah seperti bunga ros atau kad valentine.
Bagaimanapun, terjadi sejarah dalam hidup saya apabila tahun ini saya telah menyambut ‘valentine day’. Saya tidak menyambut hari kekasih bersama kekasih seperti yang dilakukan oleh pasangan yang bercinta, tetapi saya menyambutnya bersama-sama dengan ibu dan bapa saya.Merekalah ‘kekasih’ dan sumber inspirasi saya.
Saya telah menulis surat ‘valentine day’ kepada kedua orang ibu bapa saya tanda saya menghargai kasih sayang yang tidak pernah putus kedua ibu bapa saya kepada saya. Melihat mak dan ayah tersenyum membaca surat itu, terbit satu kepuasan yang tidak terhingga dalam diri saya.
Kakak sayangkan mak dan ayah..

Feb 22, 2010

TUGASAN SEMASA CUTI PERTENGAHAN SEMESTER














Pada cuti pertengahan semester iaitu bermula 14 Februari sehingga 21 Februari, saya sebagai pelajar HMT 329 telah diberi tugasan iaitu dikehendaki meneliti, merakam (gambar), dan mencatat nama jalan, nama bangunan (kedai, hospital, sekolah etc), nama sungai, nama bandar, semua iklan, dan lokasi/bahan/artifak bersejarah dalam radius 5-10km dari tempat tinggal saya.

Saya berasal dari Bandar Ipoh, Perak. Oleh hal yang demikian, gambar-gambar yang saya rakam merupakan gambar dari kawasan tempat tinggal saya iaitu di Pasir puteh, Ipoh. Saya merakam gambar dari taman perumahan saya, nama-nama jalan, nama sekolah, papan iklan serta nama sungai yang terdapat dalam radius 5-10km dari tempat tinggal saya.

JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN














JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN (jalan-jalan cari ilmu)
Pada 12 Februri 2010, iaitu pada hari Jumaat, pelajar HMT 329 seramai 30 orang bersama Dr. Radiah telah melakukan ‘jalan-jalan cari ilmu’. Perjalanan bermula dari padang kawat Usm sehingga ke Pasar Lip SIN. Pelbagai ilmu pengetahuan yang kami perolehi sepanjang perjalanan tersebut, terutama sekali berkaitan dengan kos kami iaitu analisis kontastif.
Sepanjang perjalanan tersebut, kami belajar perkara baru seperti penggunaan bahasa dalam papan tanda, iklan dan nama tempat yang mempunyai kaitan dengan sejarah atau perundang atau hal yang berkaitan. Hasil tunjuk ajar dan penerangan daripada Dr. Radiah memudahkan kami memahami maksud tersirat setiap maksud daripada nama tempat, nama iklan atau sesuatu papan tanda itu.
Perkara yang menarik semasa perjalanan kami ialah semasa di pasar Lip Sin. Pasar ini kebanyakannya dikunjungi oleh org cina tetapi terdapat juga sebilangan orang melayu yang berkunjung ke pasar tersebut walaupun tidak ramai. Hal ini mungkin kerana orang melayu berkenaan hanya mahu membeli barang-barang kering daripada kedai runcit berkenaan.
Papan tanda yang terdapat dalam pasar tersebut menggunakan tiga bahasa dalam satu papan tanda iaitu bahasa Cina, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa-bahasa ini disusun atas ke bawah iaitu dimulai dengan bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris dan diletakkan di bahagian atas kedai untuk memudahkan orang ramai atau pelanggan datang untuk melihat kedai-kedai yang ingin dikunjungi.
Walaupun agak keletihan pada hari tersebut, tetapi kami semua mendapat kepuasan kerana memperolehi sesuatu yang baru iaitu penggunaan bahasa dalam iklan, papan tanda dan tempat serta berpeluang melihat keunikan pasar Lip Sin di Pulau Pinang ini.

Feb 2, 2010