BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Feb 22, 2010

TUGASAN SEMASA CUTI PERTENGAHAN SEMESTER














Pada cuti pertengahan semester iaitu bermula 14 Februari sehingga 21 Februari, saya sebagai pelajar HMT 329 telah diberi tugasan iaitu dikehendaki meneliti, merakam (gambar), dan mencatat nama jalan, nama bangunan (kedai, hospital, sekolah etc), nama sungai, nama bandar, semua iklan, dan lokasi/bahan/artifak bersejarah dalam radius 5-10km dari tempat tinggal saya.

Saya berasal dari Bandar Ipoh, Perak. Oleh hal yang demikian, gambar-gambar yang saya rakam merupakan gambar dari kawasan tempat tinggal saya iaitu di Pasir puteh, Ipoh. Saya merakam gambar dari taman perumahan saya, nama-nama jalan, nama sekolah, papan iklan serta nama sungai yang terdapat dalam radius 5-10km dari tempat tinggal saya.

JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN














JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN (jalan-jalan cari ilmu)
Pada 12 Februri 2010, iaitu pada hari Jumaat, pelajar HMT 329 seramai 30 orang bersama Dr. Radiah telah melakukan ‘jalan-jalan cari ilmu’. Perjalanan bermula dari padang kawat Usm sehingga ke Pasar Lip SIN. Pelbagai ilmu pengetahuan yang kami perolehi sepanjang perjalanan tersebut, terutama sekali berkaitan dengan kos kami iaitu analisis kontastif.
Sepanjang perjalanan tersebut, kami belajar perkara baru seperti penggunaan bahasa dalam papan tanda, iklan dan nama tempat yang mempunyai kaitan dengan sejarah atau perundang atau hal yang berkaitan. Hasil tunjuk ajar dan penerangan daripada Dr. Radiah memudahkan kami memahami maksud tersirat setiap maksud daripada nama tempat, nama iklan atau sesuatu papan tanda itu.
Perkara yang menarik semasa perjalanan kami ialah semasa di pasar Lip Sin. Pasar ini kebanyakannya dikunjungi oleh org cina tetapi terdapat juga sebilangan orang melayu yang berkunjung ke pasar tersebut walaupun tidak ramai. Hal ini mungkin kerana orang melayu berkenaan hanya mahu membeli barang-barang kering daripada kedai runcit berkenaan.
Papan tanda yang terdapat dalam pasar tersebut menggunakan tiga bahasa dalam satu papan tanda iaitu bahasa Cina, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa-bahasa ini disusun atas ke bawah iaitu dimulai dengan bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris dan diletakkan di bahagian atas kedai untuk memudahkan orang ramai atau pelanggan datang untuk melihat kedai-kedai yang ingin dikunjungi.
Walaupun agak keletihan pada hari tersebut, tetapi kami semua mendapat kepuasan kerana memperolehi sesuatu yang baru iaitu penggunaan bahasa dalam iklan, papan tanda dan tempat serta berpeluang melihat keunikan pasar Lip Sin di Pulau Pinang ini.

Feb 2, 2010

Feb 1, 2010




ASAL USUL SOLAT

*SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun
bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.

Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang
empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.

Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.

Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan
tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan
perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak
yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun..

Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

-KU SAMPAI KAN WALAU SEBARIS AYAT

Semoga titipan dibawah dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada kita semua ................

Allah berseru kepada hambaNya " Wahai hamba! engkau tiada memiliki sesuatupun, kecuali apa yang Aku kehendaki untuk menjadi milik mu. Tiada juga engkau memiliki dirimu, kerana Aku lah PenciptaNya, Tiada pula engkau memiliki jasadmu, maka Akulah yang membentuknya, Hanya dengan pertolongan Ku engkau dapat berdiri dan dengan "kalimahKu" engkau datang kedunia ini.

Wahai hamba! katakan lah tiada Tuhan melainkan Allah, kemudian tegaklah berdiri di jalan yang benar, maka tiada Tuhan melainkan Aku. Dan tiada pula wujud yang sebenarnya wujud kecuali untuk KU, dan segala yang lain daripadaKU................... adalah dari buatan tanganKu dan dari tiupan RohKU.

Wahai hamba! Segala sesuatu adalah kepunyaanKu, jangan sekali-kali engkau merebut apa yang menjadi kepunyaanKU. KEMBALIKAN segala sesuatu kepadaKU, nescahaya akan Ku buahkan pengambalianmu dengan tanganKu dan Kutambah padanya kemurahanKu ............... Serahkan segala sesuatu kepada Ku, nescahaya Kuselamatkan engkau dari segala sesuatu.

Ketahuilah, bahawa hambaKu yang terpercaya, adalah yang mengambalikan segala yang selainKu kepadaKU. Tengoklah dengan pandangan tajam kepadaKu, bagaimana caraKu melakukan pembahagian, nescahaya engkau akan melihat pemberian dan penolakan merupakan dua bentuk yang dinamakan, agar dengan demikian engkau mengenalKu.

Hai hamba! Sesungguhnya engkau telah melihat Daku sebelum dunia terhampar dan engkau mengenal siapa yang engkau lihat. Dan kepadaKu lah engkau akan di kembali...... Kemudian Aku ciptakan segala sesuatu untukmu dan Aku labohkan tirai (HIJAB) atasmu. Lalu engkaupun tertutup dengan tirai dirimu sendiri, kemudian Aku menghijab engkau degan diri-diri yang lain, yang mana diri-diri yang lain itu menyeru kepadamu dan pada dirinya dan menjadi penghijab dari Ku ................ Setelah kesemuanya itu, maka Akupun kembali menyata dibalik kesemuanya itu, dan dari belakang keemuanya itu. KUPERKENALKAN DIRIKU, Kukatakan kepadamu bahawasanya Akulah Maha Pencipta; Aku yang mencipta kesemuanya itu dan Aku menjadikan engkau Khalifah (Pengurus yang berkuasa di bumi) atas kesemua itu dan ketahuilah bahwa kesemuanya itu adalah amanah pada sisimu ......................... Dan di haruskan kepada pengemban amanah itu untuk mengambalikan nya ......................

Maka telitilah dirimu setelah engkau mempercayai Ku, sudahkah engkau mengambalikan segala sesuatu itu kepada Ku, dan sudahkan engkau memenuhi PERJANJIAN yang telah engkau buat dengan Ku ...... Dan barang siapa menepati janjinya kepada Allah, maka Allah akan memberinya pahala yang besar" (Al-Fath 48:10 ). "Dan sesungguhnya Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa akan perintah itu, dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat " ( Thaha 20 : 115).

Hai hamba! Aku tidak rela segala sesuatu itu untukmu, maka bagaimana Aku akan rela kalau engkau peruntukkan dirimu bagi sesuatu itu. Sesungguhnya Aku melarang engkau untuk mengantongkan dirimu pada sesuatu (selainKu) kerana Aku adalah pencemburu pada mu ".

Hai hamba! Aku tidak rela engkau peruntukkan dirimu bagi sesuatu, walau harapanmu akan shorga sekali pun, kerana sesungguhnya Aku ciptakan engkau hanya untuk Ku, supaya engkau berada di sisiKu, di sisi yang tiada sisi, dan di mana yang tiada mana. Kuciptakan engkau atas pola gambaranKu seorang diri, tunggal, mendengar, melihat dan berkemahuan serta berbicara. Dan Aku jadikan engkau mempunyai kemampuan untuk TAJJALInya (menyatakan) nama-namaKu..... dan tempat untuk pemeliharaan Ku.

Engkau adalah sasaran pandanganKu ........................ tiada dinding penghalang yang memisahkan antaraKu dan antaramu. Engkau teman duduk semejelis denganKu, maka tiada pembatas antarKu dan antaramu.

Hai hamba! Tiada antaraKu dan antaramu, Aku lebih dekat kepadamu dar dirimu sendiri, Aku lebih dekat kepadamu dari ucapan lisanmu, maka pandanglah kepadaKu, kerana Aku senang memandang kepadamu.

Wasssalam

gambaran alam mahsyar

Gambaran ALAM MAHSYAR




1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.




2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.



3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.



5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.



6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.



7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit- bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga.



11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:



1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.



12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia
ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.



13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.



14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba
dibumi.



15. 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.



16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.



17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib
& 'Atid / Kiraman Katibin.



18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.



20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.



21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.



22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.



23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.



24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.



25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.



26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.



28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.



30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.



Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.






Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

-Berpesan-pesan sesama insan-


START THE NEW YEAR OUT RIGHT

Remember the five simple rules to be Happy:

1. Free your heart from hatred.

2. Free your mind from worries.

3. Live simply.

4. Give more.

5. Expect less.

No one can go back and make a brand new start. Anyone can start from now and make a brand new ending.

God didn’t promise days without pain, laughter without sorrow, sun without rain, but He did promise strength for the day, comfort for tears, and the light for the way.

Disapointments are like road bumps, they slow you down a bit but you enjoy the smooth road afterwards.

Don’t stay on the bumps too long. Move on!

When you feel down because you didn’t get what you want, just sit tight and be happy, because God has thought of something better to give you.

When something happens to you, good or bad, consider what it means. There’s a purpose to life’s events, to teach you how to laugh more or not to cry too hard.

You can’t make someone love you, all you can do is to be someone who can be loved, the rest is up to the person to realize your worth.

It’s better to lose your pride to the one you love, than to lose the one you love because of pride.

We spend too much time looking for the right person to love or finding fault with those we already love, when instead we should be perfecting the love we give.

Never abandon an old friend. You will never find one who can take his place. Friendship is like wine, it gets better as it grows older.