BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Oct 25, 2010

Pada Suatu Zaman Nanti Manusia Lebih Suka Mati.

Apakah hal sedemikian ini ada berlaku dikalangan kita sekarang?
Sama-sama lah kita renong-renongkan dan fikir-fikirkan.

Pada suatu Zaman Nanti Manusia Lebih Suka Mati



Hadis Nabi s.a.w. yang menceritakan dimana pada suatu zaman nanti orang-orang lebih suka dia dimatikan, kerana keadaan yang wujud ketika itu.



Rasulullah s.a.w. juga disebutkan ada bersabda tentang bersegeralah kepada kematian dikeranakan ada bebarapa sebab diantaranya.

“Kekuasaan dipegang oleh orang-orang bodoh.”

Maksudnya, pemegang kuasa agama diambil atau dilantik dari kalangan orang-orang yang bukan ahlinya.

Quran dijadikan sebagai nyanyian oleh sekolompok manusia iaitu merika menampilkan seseorang untuk “menyanyikan” Al-Quran bagi merika.

Kemudian disebutkan juga tentang Al-Quran dilagu-lagukan, bukan untuk difahami dan diamalkan.



Abu Abbas berkata: “tidakkah anda mendengar Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Bersegeralah kalian pada kematian kerana enam perkara:”



Kekuasaan dipegang orang-orang bodoh.

Kerana banyaknya sekatan.

Kerana diperjual belikan hukum.

Kerana diremehkannya darah (pembunuhan).

Kerana diputuskannya silaturahim.

Kerana dijadikannya Al-Quran sebagai seruling oleh sekolompok manusia.



Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tidak sepatutnya salah seorang diantara kalian mengharapkan kematian, kecuali jika dia benar-benar yakin akan amalnya dan jika kelian mengetahui enam perkara dalam Islam, bolehlah kalian berharap akan kematian.

0 comments: