BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Oct 25, 2010

Golongan Masuk Syurga Tanpa Dihisab.

Diriwayatkan Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Apabila telah datang kiamat, maka datanglah 4 golongan manusia disisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa.”

Merika ialah:

1. ORANG ALIM YANG MENGAMALKAN ILMUNYA.
2. SEORANG HAJI YANG SEWAKTU MENUNAIKAN HAJI TIDAK MELAKUKAN SEBARANG PERKARA YANG MEMBATALKAN HAJINYA.
3. ORANG YANG MATI SYAHID DIDALAM PEPERANGAN.
4. DERMAWAN YANG MENGUSAHAKAN HARTA HALAL DAN MEMBELANJAKAN DIJALAN ALLAH.



Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untok mendahului memasuki syruga. Kemudian Allah s.w.t. memerintahkan kepada Jibrail a.s. menghakimi merika.



Berkata Jibrail a.s. kepada orang mati syahid,

“Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk syurga?”

Berkata orang yang mati syahid,

“Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan Allah.”

Berkata Jibrail a.s.

“Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang mati syahid?”

Orang yang mati syahid menjawab,

“Aku mendengarnya dari alim ulama.”

Berkata Jibrail a.s.

“Jagalah kesopanan mu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu.”



Kemudian Jibrail a.s. bertanya kepada yang mengerjakan haji.

“Apakah yang telah kamu lakukan diatas dunia sehingga kamu hendak masuk syurga?”

Berkata yang berhaji. “Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana Allah.”

Berkata Jibrail a.s. “Siapakah yang memberi tahu kamu pahala haji?”

Berkata yang berhaji. “Aku mendengar dari alim ulama.”

Berkata Jibrail a.s. “Jagalah kesopanan mu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu.”



Berkata Jibrail a.s. kepada penderma pula.

“Apakah yang kamu lakukan sewaktu didunia dahulu.”

Menjawab si penderma.

“Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.”



jJibrail a.s. berkata lagi.

“Siapa kah yang memberi tahumu tentang pahala orang yang menderma kerana Allah.”

Berkata si penderma. “Aku mendengar dari alim ulama.”

Berkata Jibrail a.s. “Jagalah kesopanan mu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu.”



Kemudian orang alim berkata. “Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih, dermawan dan kebaikan orang yang dermawan itu.”



Lalu Allah s.w.t. berfirman bermaksud. “Telah benar kata si alim itu. Wahai Ridhwan, bukalah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian barulah orang-orang lain masuk.”



Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda bermaksud: “Keutamaan orang alim diatas ahli ibadat itu seperti keutamaan saya diatas orang yang paling rendah diantara kamu.”



Allah s.w.t. berfirmat lagi bermaksud:

“Aku maha berilmu dan Aku suka kepada orang yang beriman.”



Al-Hasan r.a berkata. “Tinta para ulama itu ditimbang pada hari kiamat dengan darah orang-orang yang mati syahid, dan tinta para ulama akan menjadi lebih berat daripada darah para syuhada.”



Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud: “Jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran).”



Orang bertanya kepada Rasulullah s.a.w.

“Amal apakah yang paling utama?”



Rasulullah s.a.w. menjawab.

“Berilmulah tentang Allah.”



Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah menciptakan kepada keturunan anak-anak Adam lapan perkara, dan daripada lapan itu empat perkara bagi penghuni syurga iaitu:

1. Wajah yang manis dan berseri-seri.
2. Tutur kata yang bersopan.
3. Hati yang bertaqwa kepada Allah.
4. Tangan yang darmawan.”



Sebda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud:

“Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan empat perkara:



1. Dengan berilmunya para ulama.
2. Dengan keadilan orang yang menjadi pemerintah.
3. Dengan orang kaya yang dermawan.
4. Dengan doanya orang yang fakir.”

0 comments: