BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Oct 26, 2010

BENARKAH NABI MUSA A.S. BERJASA KEPADA UMAT ISLAM.

Nabi musa a.s. walau pun beliau sudah meninggal dunia, seranannya (cadangannya) telah meringankan umat islam dan diterima pakai sehingga bila-bila islam masih ada.



INISIATIF NABI MUSA A.S.

Didalam kisah israk dan mikraj itu Nabi Muhammad s.a.w. dipertemukan dengan Nabi Musa a.s. dilangit keenam sekambalinya Nabi Muhammad s.a.w. menerima perintah sembahyang (solat) lima puloh waktu didalam sehari semalam, beliau menceritakan perkara itu kepada Nabi Musa a.s.



Apabila Nabi Muhammad s.a.w. memberi tahu umatnya diperintahkan supaya mengerjakan solat lima puloh waktu (kali) didalam sehari semalam, Maka Nabi Musa a.s. mencadangkan supaya Nabi Muhammad s.a.w. memuhon dikurangkan dan diringankan perintah yang terlalu berat itu.



Setiap kali Nabi Muhammad s.a.w. meminta dikurang dan diringgankan, hanya digugurkan dari lima puloh kali menjadi lima waktu (kali) sehari semalam, lima waktu (kali) sehari semalam itu pun masih lagi Nabi Musa a.s. menyarankan supaya meminta dikurangkan dan diringgankan lagi.



Tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak sanggup lagi berulang alik memuhon supaya dikurangkan atau diringgankan lagi,



Apa yang diceritakan didalam Al-Quran tidak bercangah dengan Nabi Musa a.s. yang ditemui Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu beliau mikraj kelangit, itulah juga sebahagian kebanaran Nabi Muhammad s.a.w. di mikrajkan.



Ciri-ciri keperibadian Nabi Musa a.s. dicertakan dalam Al-Quran, dari segi fizikal beliau adalah seorang yang bertubuh badan yang tegap dan kuat (sasa), tumbukannya yang tidak sengaja bukan berniat hendak membunuh telah menyebabkan kematian seorang kaum firaun,



Dari segi tabiat beliau tidak mahu menerima sesuatu perintah tanpa memuhon keringanan, kita ambil sedikit sedutan dari Al-Quran tentang beliau menerima perintah dari Allah s.w.t. di dalam surah Qashash ayat 34. Yang bermaksud: “Dan saudaraku Harun lebih fasih lidahnya dari aku, maka utuskan lah dia bersamaku sebagai pembantu untuk membenarkan aku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan aku.”



Begitu juga sawaktu Nabi Musa a.s. hendak menerima risalah (Taurat) pun beliau bermuhon dalam surah Al-A’Araf ayat 143, maksudnya: “Wahai Tuhan! Nampakkan lah (Diri Engkau) kepadaku supaya aku dapat melihat Engkau.”



Sawaktu sakaratul mautnya pun Nabi Musa a.s. menimbul soal jawab dengan Malaikat maut, kesudahannya Nabi Musa a.s. terlihat orang mengali liang lahad untuk orang yang hendak dikuburkan. Beliau ingin mencuba-cuba liang lahad yang dibuat itu, disitulah beliau meninggal dan dikuburkan.



Allah s.w.t. berfirman:

“Sungguh kami (Allah) telah memberikan Kitab pemisah (antara yang baik dan yang buruk) kepada Musa dan Harun dan menjadi cahaya serta peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (surah Anbia: 48).



Semuga kita dapat mengambil iktibar segala perkara yang berlaku.

Segala-galanya adalah diatas kententuan Allah s.w.t.

0 comments: