BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Apr 10, 2010

IBLIS DENGAN NABI NUH A.S

IBLIS DENGAN NABI NUH A.S
Telah memberitahuku Ismail bin ahmad dari Ashim bin Al-hasan dari Ali bin Muhammd bin Bisyran dari Ali Al-Burdu’I dari AbuBakar Al-Quraisy dari Abu Abdullah Muhammad bin Musa Al-Harasyi dari Ja’afar bin Sulaiman dari Amru bin Dina dari Salaim bin Abdullah r.a dari ayahnya “ Apabila Nabi Nuh A.s. naik keatas kapalnya dilihatnya ada seorang tua yang tidak dikenalinya. Lalu Nabi Nuh bertanya : Apa yang menyebabkan engkau kapal ini? Jawabnya : Aku naik kapal ini untuk memerangkap para sahabatmu, supaya hati mereka denganku dan tubuh mereka denganmu. Berkata lagi Nabi Nuh a.s Turunlah dari kapal ini wahai musuh Allah! Maka berkata iblis lagi : Ada lima perkara yang akan aku binasakan manusia dengannya. Aku akan memberitahumu tiga daripadanya, dan aku akan simpan yang dua lagi.
Maka Allah memerintahkan Nabi Nuh supaya memberitahu iblis yang dia tidak perlu lagi kepada yang tiga itu, suruhlah dia memberitahu yang dua lagi. Maka berkata iblis : Dengan dua perkara itu aku dapat membinasakan manusia, dan kedua-dua itu tidak pernah lari dari matalamatnya, iaitu Dengki dan pergantungan harapan. Dengan Dengki aku telah dilaknati dan dijadikan syaitan yang terkutuk, dan dengan pergantungan harapan Adam telah dibenarkan duduk didalam sorga dan menikmati segala kebahagiaannya, manakala aku telah mencapai hajatku daripada Adam dan aku terkeluar dari sorga.

PERTEMUAN IBLIS DENGAN NABI MUSA ALAIHSALAM
Diberitakan bahwa iblis pernah menemui Nabi Musa a.s lau dia berkata kepadanya : Hai Musa! Engkaulah orang yanag dipilih Allah untuk menyebarkan perutusanNya dan dia telah berkata-berkata pula kepadamu. Dan aku juga dari ciptaan Allah Ta’ala, aku telah berdosa kepada Allah, dan sekarang aku teah bertaubat kepadaNya, maka syafaatkanlah aku kepada Tuhanku Azzawajalla supaya mengampuiku! Maka Nabi Musa pun berdoa memuhun kepada Tuhannya, lalu dikatakan kepada Musa! Aku telah memperkenankan permintaanmu.
Bila Nabi Musa menemui iblis lagi, lalu disampaikanya syarat taubatnya itu, ialitu hendaklah ia bersujud kepada kubur Adam, nescaya taubatnya akan diterima Tuhan. Tetapi iblis lalu takabur lagi saraya marah, dia berkata : Hai Musa! Aku tidak mahu bersujud kepada Adam sewaktu dia masih hidup, inikan pula dia sudah mati, apakah engkau ingat aku akan bersujud kepadanya sesudah dia mati. Hai Musa aku berhutang budi kepadamu, kerana engkau telah mensyafaatku kepada Tuhanmu, maka ingatlah aku kepada tiga perkara berikut, aku tidak akan membinasakan mu :
1. Ingatlah aku ketika engkau lagi marah kerana aku penuh asa dalam hatimu, matamu tepat pada matamu, dan aku mengalir dalam tubuhmu seperti mengalirya darah dalam tubuh badan
2. Ingatlah aku ketika sedang dalam pertempuran sengit, sebab aku datang kepada anak-anak Adam ketika pertempuran yang sangat kuat. Lalu aku mengingatkan anak isterinya dan kaum keluarganya sehingga ia lari dari pertempuran.
3. Awas kamu daripada berdua-duaan dengan wanita yang bukan muhrim, kerana aku ketika itu menjadi peransangnya kepadamu dan menjadi perangsangmu kepadanya.

IMAN SEMUT vs IMAN MANUSIA

IMAN SEMUT vs IMAN MANUSIA



Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .